Translate

Monday 8 October 2012

Majlis Amanat bagi Calon PMR 2012

Pada 9 Oktober 2012 , telah diadakan majlis Amanat bagi calon PMR . Pada majlis ini tuan pengetua , En.Tey Boon Tiam memberikan amanat terakhir sebelum pelajar menduduki peperiksaan. Pelbagai ingatan dan nasihat diberikan kepada pelajar.

Selain itu juga , pada majlis ini pelajar bersalaman dengan guru-guru untuk memohon mendoakan kejayaan yang cemerlang. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga memberikan buah tangan berupa pensel 2B, pembaris dan pemadam kepada semua calon PMR untuk dijadikan galakan . Diharapkan semua pelajar menggunakan alat tulis yang diberikan dengan sebaiknya .

















Semoga semua calon PMR berjaya dengan cemerlang. GOOD LUCK !

No comments:

Post a Comment