Translate

Saturday 31 March 2012

Pelancaran Minggu Anti Dadah 2012

Pada 20 Februari 2012 yang lalu , telah diadakan Pelancaran Minggu Antidadah peringkat sekolah. Pelancaran ini disempurnakan oleh Tn.Pengetua, En.Tey Boon Tiam dan ucapan sempena minggu antidadah disampaikan oleh PK HEM En.Chong Yun Pan. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sempena minggu antidadah seperti pertandingan melukis, tayangan video antidadah, kuiz , ceramah dan pameran daripada AADK Segamat.

Pelancaran Minggu antidadah 2012

GPK HEM , En.Chong Yun Pan menyampaikan utusan sempena minggu antidadah

Tn.Pengetua , En.Tey Boon Tiam menyampaikan ucapan perasmian , dan merasmikan Minggu Antidadah

Ketua Pelajar mengetuai bacaan ikrar

Semua pelajar berikrar sempena majlis pelancaran

Tayangan video antidadah

Pelajar menerima hadiah sempena kuiz antidadah

Pemenang kuiz bersama guru kaunseling












Tuesday 27 March 2012

Motivation Talk 'Becoming A Super Student'

Satu ceramah motivasi "Becoming A Super Student" telah diadakan pada 14 Februari 2012 bertempat di Bilik Seminar , SMJK Seg Hwa . Ceramah ini disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu En.S.Jeyaraman dari Malaysia Mental Literacy Movement (MMLM) dengan kerjasama sepenuhnya daripada UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman).

Ceramah kali ini lebih berfokus kepada teknik belajar dan cara mengingat . Semua pelajar sangat berpuas hati dan dapat menggunakan teknik-teknik yang diberikan dengan baik. Seribu penghargaan diucapan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi UTAR iaitu YABhg Tun Dr. Ling Liong Sik atas kehadiran beliau di SMJK Seg Hwa bagi merasmikan ceramah pada kali ini.


Pelajar khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

En.S.Jeyaraman bersemangat menyampaikan ceramahnya yang sangat memberi kesan kepada pelajar
YABhg Tun Dr Ling Liong Sik menyampaikan cenderahati kepada tetamu VIP dan pihak sekolah

Pelejar memberi komitmen yang sepenuhnya
En.S.Jeyaraman menerima sijil penghargaan daripada Tuan Pengetua
YABhg Tun Dr Ling Liong Sik menyampaikan ucapannya
Tn.Pengetua  En.Tey Boon Tiam menerima cenderahati daripada YABhg Tun Dr Ling Liong Sik
Guru-guru bergambar bersama dengan penceramah En.S.Jeyaraman



Program Guru Penyayang

Seperti Makluman semua , Program Guru Penyayang dijalankan di semua sekolah di seluruh negara.
SMJK Seg Hwa turut bersama-sama menjayakan Pogram Guru Penyayang. Program ini akan berlangsung sepanjang tahun..

Banner Program Guru Penyayang

Hari pertama persekolahan di tahun 2012

Ucapan tn.pengetua mengalu-alukan kehadiran pelajar di hari pertama persekolahan


Pelajar sentiasa dialu-alukan untuk hadir ke sekolah


Barisan pentadbir di sesi pagi bersama-sama meraikan pelajar pulang dari sekolah dengan mesra

Pelajar turut bergembira bersama-sama


Pengetua yang sangat prihatin dengan para pelajar..

Barisan Pentadbir di sesi petang bersama-sama meraikan kepulangan pelajar



Guru Kaunseling menjalankan penilaian program guru penyayang


Pelajar menjawab instrumen guru penyayang

Friday 9 March 2012

Teknik Mencatat Nota




1. Buat persediaan yang lengkap : alat tulis , buku dan kertas
2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat
3. Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula { 4 W + H }

  • What ( Apa)
  • Why ( Kenapa )
  • When ( Bila )
  • Where ( Dimana)
  • How ( Bagaimana )
Ciri - Ciri Nota Yang Baik

  • Terdiri daripada isi-isi penting
  • Nota yang kemas, terang dan mudah dibaca
  • Catatan isi penting menggunakan bahasa sendiri
  • Gunakan dalam bentuk point, elakkan menyalin ayat yang panjang
  • Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca
 http://ts3.mm.bing.net/th?id=I.4782489767772930&pid=15.1 


Thursday 8 March 2012

Ceramah Motivasi "Belajar Cemerlang"

Ceramah motivasi ini telah dianjurkan oleh INTI University. Ceramah ini disampaikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan iaitu Dr.Chen . Pelbagai input telah diberikan kepada semua pelajar . Pelajar sangat memberi komitmen sepanjang program ini berlangsung.







Terima kasih diucapkan kepada Dr.Chen atas kesudian memberikan motivasi kepada pelajar. Diharapkan pelajar lebih bermotivasi dan belajar dengan bersungguh-sungguh.