Translate

SEJARAH PRS


1.              Pada tahun 1984, Bahagian Sekolah (Unit Bimbingan dan Kaunseling) telah merangka dan mengeluarkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Satu daripada kandungan buku itu ialah perkhidmatan dan tugas “Kaunselor Sebaya”. Dengan ini, konsep “Kaunselor Sebaya” (sekarang dikenali sebagai Pembimbing Rakan Sebaya) telah sedia ada tetapi tidak diperkembangkan dalam kalangan murid secara sistematik dan menyeluruh. Malah ada sekolah telah menjalankan secara ‘ad hoc’ dan tersendiri dengan menggunakan berbagai nama seperti ‘College Sister’, Adik Angkat, Tutor Sebaya dan Kaunselor Sebaya.

2.               Pada 1986, program Pembimbing Rakan Sebaya mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal melalui projek perintis “Kaunselor Sebaya” yang dikendalikan oleh Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman, Ketua Jabatan di Institut Aminuddin Baki (IAB) di empat buah sekolah menengah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya iaitu :
                      A)Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
               B)Sekolah Menengah Lelaki Bukit Bintang, Petaliing Jaya
                      C)Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
                      D)Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, Kuala Lumpur.

3.                Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan Februari 1986 hingga bulan November 1986.

4.                  Laporan perkembangan latihan projek perintis tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara, Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor, yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa buah sekolah lagi.

5.              Pada  19 hingga 23 Januari 1987, satu Seminar-Bengkel PRS diadakan dan dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Dalam seminar ini, nama Pembimbing Rakan Sebaya diterima secara rasmi. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba di peringkat sekolah.

6.           Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum Kursus Pengurusan dan Latihan Program Pembimbing Rakan Sebaya diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.

7.          Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang), dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang) telah mengikuti Kursus Pengurusan dan Latihan Program Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka inilah yang bergerak cergas memperkenalkan konsep PRS melalui kursus-kursu teragih di peringkat negeri.

8.          Pada 21 hingga 24 Ogos 1988, bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan.

9.         Pada 13 hingga 14 September 1988, mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu:
a.            Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program PRS
b.            Teknik tafsiran keperluan
c.            Teknik-teknik latihan.
d.            Teknik penilaian program
e.             Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik.
f.              PRS dari perspektif Islam

10.           Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul latihan PRS telah diadakan di IAB.

11.           IAB dengan kerjasama Bahagian Sekolah telah mengadakan Bengkel Membina Instrumen Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya pada 21 hingga 22 Februari 1989 untuk dijalankan pada penghujung tahun 1989 di sekolah-sekolah terlibat.

12.           Pada bulan oktober 1989, satu pasukan pensyarah IAB dan pegawai BS telah keluar ke sekolah projek pilot dan sekolah jurulatih untuk membuat kajian tersebut. Hasil daripada kajian telah dibentang dalam Seminar  Status dan Halatuju Program Pembimbing Rakan Sebaya pada 16-19 Disember 1990.

13.         Pada 25 Februari hingga 1 Jun 1991, kursus Intensif Kejurulatihan dan Pengurusan Program Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan di bawah pembiayaan pinjaman Bank Dunia. Seramai 42 orang guru bimbingan dan kaunseling yang hadir.

14.         Dengan inisiatif Pengarah IAB, Dr Husssin Ahmad, pihak Bank Dunia telah bersetuju membiayai projek penulisan modul latihan IAB termasuk modul latihan Pengurusan Program Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya bermula dari bulan Mei hingga Ogos 1991. Pada 2 hingga 16 September 1991, seramai lima orang kakitangan terpilih telah mengikuti bengkel konsultasi penulisan modul di Universiti Carolina Selatan,Colombia, Amerika Syarikat di bawah pakar perunding Profesor Bersekutu Dr. Robert Bowman. Kelima-lima kakitangan tersebut ialah :
a.                     Pn.  Zuraidah Bt. Abdul Rahman ( IAB ) – Pengurus
b.                     En. Amiruldin Saad (IPDA)
c.                      Pn. Hajah Nooriah Ibrahim (S.M. Clifford, Kuala Kangsar )
d.                     Pn. Asnah Ab. Hamid ( MPIK )
e.                     En.Shahabudin Hj. Ashari ( SM Tengku Menteri, Taiping )

15.         Hasil daripada bengkel tersebut, pada tahun 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Bimbingan dan kaunseling, Bahagian Sekolah dengan kerjasama IAB berjaya menerbitkan buku modul bertajuk ” Pembimbing Rakan Sebaya: Modul Latihan Asas”.

16.         Pada 11 Mei hingga 18 Julai 1992 pihak IAB telah membiayai kursus Pengurusan Program Kaunseling dan Rakan Sebaya yang diadakan di Genting Highland yang bertujuan untuk menambah bilangan jurulatih PRS yang bertauliah.

17.         Pada 25 Mei hingga 4 Jun 1992, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darusalam telah mengadakan kursus latihan Pembimbing Rakan Sebaya dengan penglibatan jurulatiha Malaysia iaitu
a.                     Pn.  Zuraidah Bt. Abdul Rahman ( IAB ) – Pengurus
b.                     En. Razmi Majid (IPDA)
c.                      En.Shahabudin Hj. Ashari ( SM Tengku Menteri, Taiping )

18.         Buat  pertama kali Malaysia menghantar wakil iaitu Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman (IAB) dan Pn. Shamsiah Yahya (MARA)  ke Amerika Syarikat untuk menghadiri dan memperkenalkan program Pembimbing Rakan Sebaya dalam 6th Annual National Peer Helpers Conference pada 17 hingga 23 Jun 1992 di Loyola University, Chicago, USA.

19.              Pada  2007, PRS telah menerima nafas baru dengan pengenalan  nyanyian lagu dan lirik Pembimbing Rakan Sebaya hasilan En. Badruddin Shukor.  

20.         Pada 2007, Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran telah memperkenalkan ‘vest’ PRS.

21.         Pada 6 November 2008, Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein telah memperkenalkan e-PRS dalam Majlis Persidangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan di MITC, Melaka. YB Menteri juga berkesempatan untuk mengadakan ‘on-line’ e-PRS pertama dengan SMK Inanam, Sabah.

22.              Pada 5 hingga 7 Disember 2008, seramai 26 orang Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling dari Sarawak, Selangor dan Perak telah berjumpa di Hotel Grand Continental, Kuching, Sarawak untuk menggabung dan memurnikan draf Modul PRS baru untuk dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah pada peringkat kebangsaan dan negeri.

23.         Pada 6 hingga 8 Disember 2009, perjumpaan wakil-wakil pembinaan modul PRS baru dari Sarawak, Selangor dan Perak diadakan semula di Hotel Kuching Park, Kuching untuk pembentangan dan penambaikan modul.

24.         Pada 10 hingga 12 Ogos 2011, draf Modul PRS KPM telah dibuat semakan bacaan (Proof Reading) di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment