Translate

Monday 23 April 2012

Lawatan Sambil Belajar Ke INTI Universiti , NILAI

Satu lawatan pendidikan telah diadakan pada 21 April 2012. Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 dan ahli PRS telah mengikuti lawatan ini bersama 2 orang guru pengiring. Lawatan ini sempena Open Day yang diadakan oleh INTI Universiti. Pelbagai tempat dilawati di sekitar universiti dan pelajar turut didedahkan dengan program-program yang ditawarkan di universiti tersebut.









Pelajar mendapat pelbagai informasi dan juga diberi peluang merasai bagaimana cara pembelajaran di universiti tersebut. Semoga pelajar mendapat manfaat daripada lawatan ini.


Sunday 1 April 2012

Keputusan STPM 2011

Keputusan STPM 2011 telah diumumkan pada 7 Mac 2012. Tahniah diucapkan kepada seluruh guru dan pelajar STPM 2011 kerana mencatat keputusan yang sangat cemerlang. STPM 2011 mencatatkan keputusan 100% dan mendapat tempat pertama dalam ranking GPS Negeri Johor.

antara keratan akhbar mengenai keputusan STPM 2011






Tahniah diucapkan kepada semua pelajar STPM tahun 2011. Tahniah atas kejayaan anda semua.

Teknik Mengatasi Stress

Teknik Mengatasi Stress telah diadakan pada 23 Februari yang lalu yang dianjurkan oleh Taylor College. Peserta dihadiri oleh pelajar kelas 5A, 5B dan 5D . Pelbagai input yang menarik telah disampaikan oleh penceramah dan pelajar sangat berpuas hati dengan intipati yang diberikan.

Pelajar mendengar ceramah yang disampaikan oleh Taylor College

Education Fair Peringkat Daerah 2012 , Villa Hotel

Pada 23 Februari 2012 yang lalu , satu 'Education Fair' telah diadakan di Villa Hotel , Segamat. Pelbagai institusi pendidikan telah membuka kaunter bagi tujuan promosi kepada pelajar. Pelajar SMJK Seg Hwa diwakili oleh pelajar kelas 5C telah bersama-sama menyertai Education Fair ini. Pelbagai input diperolehi oleh pelajar.

Pelajar kelas 5C

Pelajar mendengar penerangan yang diberikan

Antara kaunter yang dikunjungi

Pelajar bersama guru kaunseling

Taklimat Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

Pada 22 Februari yang lalu, telah diadakan satu taklimat untuk semua ketua dan penolong ketua kelas. Antara intipati yang berikan ialah :

1.Peranan Ketua dan Penolong Kelas
2.Bidang Tugas Ketua
3.Kepimpinan
4.Kehadiran Pelajar
5.Salahlaku Disiplin Pelajar



Taklimat diberikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling


Ketua dan Penolong Kelas setiap tingkatan