Translate

Wednesday 15 February 2012

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah

Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2012 di SMJK Seg Hwa . Pelbagai persembahan diadakan. Antara persembahannya ialah Tarian Singa , Muzik Tradisi Cina , Permainan Yoyo, Kumpulan Koir dan Pancaragam. Pada tahun ini pihak sekolah menjemput pihak SK Dato Wan Idris sebagai tetamu jemputan. Pelajar dan guru SK Dato Wan Idris bersama-sama meraikan Sambutan Tahun Baru Cina di SMJK Seg Hwa.

En.Tey Boon Tiam selaku pengetua menyampaikan ucapan sempena Tahun Baru Cina

Barisan pentadbir dan Barisan VIP

Tarian Singa

Kumpulan Muzik Tradisi Cina
Dewa Tuah bersama pelajar

Kumpulan Pancaragam Sekolah

Tn.Pengetua menyampaikan cenderamata kepada tetamu jemputan , SK Dato Wan Idris


Guru-guru bersama para pelajar menikmati jamuan sambutan tahun baru cina

Pelajar menikmati jamuan bersama rakan-rakan sekelas

Pelajar SK Dato Wan Idris menikmati jamuan ringan

Sunday 5 February 2012

Teknik Menjawab Bahasa Inggeris PMR 2012

Teknik menjawab bahasa inggeris pmr 2012 telah diadakan pada 2 dan 3 februari yang lalu. Penceramah jemputan ialah Pn.Pushpa yg merupakan  guru seghwa yg kini telah menyambung pelajaran dengan Biasiswa Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam bidang TESL di Universiti Malaya sepenuh masa .

Antara pelajar yang terlibat dalam Teknik Menjawab Bahasa Inggeris PMR

Tn.Pengetua , En.Tey Boon Tiam menyampaikan pesanan kepada semua pelajar
Tn.Pengetua menyampaikan sijil penghargaan kepada Pn.Pushpa
Pn.Pushpa memberikan tips-tips menjawab soalan Bahasa Inggeris
Pelajar memberi sepenuh perhatian
Suasana di Bilik Seminar

Jutaan terima kasih kepada Pn.Pushpa atas kesudian memberikan ceramah Teknik Menjawab ini . Semoga Pn.Pushpa akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajarannya . 


Friday 3 February 2012

Program Pemantapan Berfokus Perfect A, PMR SPM STPM 2012

Program ini telah diadakan pada awal minggu persekolahan bagi memaklumkan kepada pelajar bahawa mereka terpilih sebagai calon pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam bg tahun 2012. Program ini telah diadakan pada 9 januari 2012 di bilik seminar smjk seg hwa. Seramai 85 org pelajar terpilih iaitu 58 orang calon cemerlang untuk PMR, 25 orang untuk SPM dan 2 orang untuk STPM 2012.

Pn.Yap  telah menyampaikan ceramah motivasi


Pn.Chong Lee Lee selaku pentadbir merasmikan majlis dan menyampaikan 'book mark' kepada pelajar

Wakil calon cemerlang PMR, SPM dan STPM bersama guru-guru