Translate

Tuesday 27 March 2012

Motivation Talk 'Becoming A Super Student'

Satu ceramah motivasi "Becoming A Super Student" telah diadakan pada 14 Februari 2012 bertempat di Bilik Seminar , SMJK Seg Hwa . Ceramah ini disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu En.S.Jeyaraman dari Malaysia Mental Literacy Movement (MMLM) dengan kerjasama sepenuhnya daripada UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman).

Ceramah kali ini lebih berfokus kepada teknik belajar dan cara mengingat . Semua pelajar sangat berpuas hati dan dapat menggunakan teknik-teknik yang diberikan dengan baik. Seribu penghargaan diucapan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi UTAR iaitu YABhg Tun Dr. Ling Liong Sik atas kehadiran beliau di SMJK Seg Hwa bagi merasmikan ceramah pada kali ini.


Pelajar khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

En.S.Jeyaraman bersemangat menyampaikan ceramahnya yang sangat memberi kesan kepada pelajar
YABhg Tun Dr Ling Liong Sik menyampaikan cenderahati kepada tetamu VIP dan pihak sekolah

Pelejar memberi komitmen yang sepenuhnya
En.S.Jeyaraman menerima sijil penghargaan daripada Tuan Pengetua
YABhg Tun Dr Ling Liong Sik menyampaikan ucapannya
Tn.Pengetua  En.Tey Boon Tiam menerima cenderahati daripada YABhg Tun Dr Ling Liong Sik
Guru-guru bergambar bersama dengan penceramah En.S.Jeyaraman



No comments:

Post a Comment