Translate

Wednesday, 18 January 2012

mengantuk didalam kelas

 Mengantuk didalam kelas
1. Pastikan makan yang pelbagai kerana terdapat nutrisi tertentu yang tak terdapat dalam sesuatu makanan tertentu. contonya: Magnesium jika tidak mencukupi boleh menjejaskan kegiatan otak kita. Ferum yang tak cukup boleh menyebabkan darah kurang. Hal ini kerana darah terbina daripada hemoglobin yang dibina daripada ferum (zat besi). Kurangnya trasnpostasi oxygen ke tisu badan dan seterusnya menyebabkan badan penat dan mengantuk..

2. Air. Air merupakan bahan yang sangat penting yang memastikan metabolisma dapat berjalan dengan baik. Sememangnya betul jika kita tak cukup air, makan lah secukup mana pun, nanti kita akan mengantuk. Ini demikian kerana metabolisma amat memerlukan air. Air yang kurang juga boleh membawa kepada kurang aliran darah ke otak (hypoperfusion) dan boleh menyebabkan mengantuk.

3. Makan tak cukup (kurang makan), kesannya sama seperti hypoxia (kurang oxigen ke otak), otak tak dapat oxygen yang cukup. Kita diisarankan makan secukupnya waktu pagi sebelu pergi ke kelas supaya tak lapar dan dahaga di kelas. Individu yang selalu berlapar (berdiet) secara berterusan mempunyai masalah besar pada tekanan darah (tekanan darah terlalu rendah yang menyebabkan kurang aliran ke otak) dan juga masalah pada kebolehan untuk fokus di dalam kelas. Kajian dalam bidang patofisiologi mendapati individu yang berlapar secara berterusan (diet) mengalami kurang konsentrasi selain mempunyai memori yang tidak dapat berfungsi secara normal.

4. Keceriaan dapat dikembalikan dengan bersukan kerana penghasilan endogenous endorphine (sejenis dadah semulajadi dalam badan) dapat menggembirakan emosi yang kurang ceria dan mengelakkan kemurungan dan lemah semangat. Selain itu cahaya matahari membantu merangsang serotonin yang dihasilkan pada waktu pagi (dalam day cycle, anatomical clock) yang memastikan kitaran tidur dan jaga seseorang itu berjalan dengan sempurna. Kehadiran hormon serotonin dalam otak bertanggungjawab menyebabkan keceriaan kepada individu yang terdedah kepada cahaya matahari. melalui sukan, detoxification (penyah-toksikan) berlaku melalui peluh dan badan menjadi segar selepas bersukan. Bersukan juga membantu dalam pembinaan stamina yang dapat membantu memperkuatkan badan waktu menelaah pelajaran. Apabila otot menjadi lebih kuat, maka individu tersebut lebih bersedia untuk duduk di kerusi atau berdiri sewaktu praktikal dengan lebih lama tanpa rasa penat kerana stamina yang meningkat didapati sewaktu bersukan.

5. Sekiranya secara tiba- tiba kita rasa mengantuk dalam kelas, saya mencadangkan agar dibuat aktiviti yang dapat meningkatkan pengaliran darah ke otak (high inotropic+dromotripic effect to heart) dalam kelas iaitu aktiviti yang paling berat boleh buat sewaktu duduk di atas kerusi dalam kelas. Saya sendiri sewaktu rasa mengantuk di dalam kelas, saya akan mengangkat kaki berulang ulang kali sehingga penat (sebelah kaki tapi seluruh bahagian = tigh + calf), sehingga denyutan jantung benar benar meningkat, seterusnya secara ajaibnya, saya tidak mengantuk lagi :)

6. Pastikan semangat membara bara sewaktu datang ke kelas. Dapatkan peralatan peralatan yang dapat membantu menaikkan semangat belajar seperti alatan merekod suara (dictaphone), android internet tablet, mp3 dan ebook reader (seperti Kindle Amazon 3, 3G+WiFi) dan lain lain sekiranya mampu. Tanamkan moto ini ke dalam hati: Everything is interesting! Everybody is nice!



.
selamat beramal=)


No comments:

Post a Comment