Translate

Showing posts with label IPT. Show all posts
Showing posts with label IPT. Show all posts

Saturday, 30 June 2012

Pameran Kerjaya 2012

Education Fair Peringkat Sekolah telah diadakan pada 28 Jun & 29 Jun 2012. Pameran ini melibatkan pelbagai agensi iaitu kolej swasta dan insitusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai program kepada pelajar. Lebih daripada 25 buah institusi yang mengambil bahagian. PRS turut memainkan peranan dalam membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan program ini yang setiap tahun diadakan.

PRS yang mengambil bahagian

Kaunter maklumat

info


Pelajar meneliti info yang ada



Pelajar mendapatkan maklumat


Guru Kaunseling sesi pagi SMK Seg Hwa (CF)





PRS memberikan komitmen yang baik







Pelajar mendapatkan maklumat

Sesi kunjungan pelajar ke tapak pameran

Terima kasih diucapkan kepada semua yang mengambil bahagian dan membantu dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.


Monday, 23 April 2012

Lawatan Sambil Belajar Ke INTI Universiti , NILAI

Satu lawatan pendidikan telah diadakan pada 21 April 2012. Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 dan ahli PRS telah mengikuti lawatan ini bersama 2 orang guru pengiring. Lawatan ini sempena Open Day yang diadakan oleh INTI Universiti. Pelbagai tempat dilawati di sekitar universiti dan pelajar turut didedahkan dengan program-program yang ditawarkan di universiti tersebut.









Pelajar mendapat pelbagai informasi dan juga diberi peluang merasai bagaimana cara pembelajaran di universiti tersebut. Semoga pelajar mendapat manfaat daripada lawatan ini.


Tuesday, 31 January 2012

InforMasi kemasukan ke IPT bagi pelajar Lepasan SPM dan STPM 2011

Lepasan SPM yang ingin memohon ke Politeknik perlu mengemukakan 2(dua) permohonan iaitu Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier dan Permohonan Kemasukan Ke TEVT-Politeknik/ILKA menggunakan No. Unik ID yang sama

 
Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web
www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.

Untuk makluman, permohonan ke ILJTM (ADTEC/ILP/JMTI) bagi lepasan SKM bagi Ambilan 2012/2013 diuruskan sendiri oleh Jabatan Tenaga Manusia. Sila rujuk laman web http://www.jtm.gov.my untuk permohonan dan maklumat lanjut.


sumber : http://upu.mohe.gov.my/upu.php