Translate

Thursday, 11 October 2012

Tips Menjelang Peperiksaan



1.Bertenang dan melapangkan fikiran
2.Melakukan ulang kaji topik-topik yang penting
3.Tidur yang mencukupi
4. Menjaga kesihatan diri
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat
6. Bagi pelajar islam, perbanyakkan solat hajat
7. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru
8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas
9. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan
10. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebener
11.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula
12.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan
13.Elakkan mengadakan perbincangan temtang topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas   peperiksaan
14.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan
15.Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan
16.Pastikan menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan .






Tuesday, 9 October 2012

GOOD LUCK !!!

Kami dari warga PRS dan unit Bimbingan dan Kaunseling menguncapkan Selamat Menduduki PMR bagi pelajar Tingkatan 3 , SMK Seg Hwa (CF) . Semoga mendapat keputusan yang cemerlang serta meningkatkan lagi prestasi sekolah . Kekalkan Kecemerlangan Seg Hwa.

Monday, 8 October 2012

Majlis Amanat bagi Calon PMR 2012

Pada 9 Oktober 2012 , telah diadakan majlis Amanat bagi calon PMR . Pada majlis ini tuan pengetua , En.Tey Boon Tiam memberikan amanat terakhir sebelum pelajar menduduki peperiksaan. Pelbagai ingatan dan nasihat diberikan kepada pelajar.

Selain itu juga , pada majlis ini pelajar bersalaman dengan guru-guru untuk memohon mendoakan kejayaan yang cemerlang. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga memberikan buah tangan berupa pensel 2B, pembaris dan pemadam kepada semua calon PMR untuk dijadikan galakan . Diharapkan semua pelajar menggunakan alat tulis yang diberikan dengan sebaiknya .

















Semoga semua calon PMR berjaya dengan cemerlang. GOOD LUCK !

Saturday, 29 September 2012

Majlis RESTU PMR,SPM & STPM 2012

Pada 28 September 2012 , unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan program yang saban tahun diadakan iaitu Majlis RESTU bagi calon PMR, SPM & STPM 2012. Majlis ini dijalankan mengikut agama masing-masing iaitu Majlis bagi penganut agama Buddha, agama Islam , agama Kristian , dan agama Hindu .

Ianya bertujuan untuk mendapatkan restu serta memberi semangat dan motivasi kepada semua calon agar lebih berjaya dan cemerlang. PRS turut bersama-sama membantu bagi menjayakan program ini. Terima kasih diucapkan kepada semua guru kaunseling , barisan pentadbir dan guru-guru yang memberikan kerjasama sepanjang program ini berlangsung.

Majlis RESTU bagi agama Buddha















Majlis Restu Agama Islam

-Mengadakan ceramah motivasi yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Faiz bin Abidin , Pegawai Hal Ehwal Agama dari Pejabat Daerah Agama Segamat . Manakala program solat hajat dan bacaan yasin telah diadakan pada bulan September yang lalu




Majlis Restu Agama Hindu

Ceramah motivasi disampaikan oleh Cik Lily a/p Velu.


Sunday, 23 September 2012

Kursus Kepimpinan Peringkat Daerah

Pada 18,19 dan 20 September 2012 telah diadakan Kursus Kepimpinan Kelab dan Persatuan Peringkat Daerah Segamat. Setiap sekolah telah menghantar 4 orang pelajar sebagai penyertaan. Pihak sekolah telah menghantar 2 orang pelajar PRS dan 2 orang pelajar unit beruniform menyertai kursus kepimpinan ini.
Begitu juga dengan Guru Kaunseling SMJK Seg Hwa iaitu Pn.Yap Kim Foong, Cik Rokiah dan En.Tang Yong Wah bertindak sebagai fasilitator bagi program ini.










Diharapkan program seumpana ini akan diteruskan lagi di masa akan datang bagi memupuk sifat kepimpinan di kalangan diri pelajar,