Translate

Saturday 29 September 2012

Majlis RESTU PMR,SPM & STPM 2012

Pada 28 September 2012 , unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan program yang saban tahun diadakan iaitu Majlis RESTU bagi calon PMR, SPM & STPM 2012. Majlis ini dijalankan mengikut agama masing-masing iaitu Majlis bagi penganut agama Buddha, agama Islam , agama Kristian , dan agama Hindu .

Ianya bertujuan untuk mendapatkan restu serta memberi semangat dan motivasi kepada semua calon agar lebih berjaya dan cemerlang. PRS turut bersama-sama membantu bagi menjayakan program ini. Terima kasih diucapkan kepada semua guru kaunseling , barisan pentadbir dan guru-guru yang memberikan kerjasama sepanjang program ini berlangsung.

Majlis RESTU bagi agama Buddha















Majlis Restu Agama Islam

-Mengadakan ceramah motivasi yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Faiz bin Abidin , Pegawai Hal Ehwal Agama dari Pejabat Daerah Agama Segamat . Manakala program solat hajat dan bacaan yasin telah diadakan pada bulan September yang lalu




Majlis Restu Agama Hindu

Ceramah motivasi disampaikan oleh Cik Lily a/p Velu.


Sunday 23 September 2012

Kursus Kepimpinan Peringkat Daerah

Pada 18,19 dan 20 September 2012 telah diadakan Kursus Kepimpinan Kelab dan Persatuan Peringkat Daerah Segamat. Setiap sekolah telah menghantar 4 orang pelajar sebagai penyertaan. Pihak sekolah telah menghantar 2 orang pelajar PRS dan 2 orang pelajar unit beruniform menyertai kursus kepimpinan ini.
Begitu juga dengan Guru Kaunseling SMJK Seg Hwa iaitu Pn.Yap Kim Foong, Cik Rokiah dan En.Tang Yong Wah bertindak sebagai fasilitator bagi program ini.










Diharapkan program seumpana ini akan diteruskan lagi di masa akan datang bagi memupuk sifat kepimpinan di kalangan diri pelajar,